30 November 2011

Dasyatnya Azab Kubur


Selamat tengah malam semua :)
wuitt, tengah buat apa tu?
menunaikan solat sunat tahajud ke?
Alhamdulillah..
Jam menunjukkan pukul 12.23 a.m sekarang..
Tengah layan faceboook dan twitter..
Tengah 'chatting' dengan dia nih.,
Berjanggut Nik tunggu di reply, tapi tak reply ponn..
**geram lah**

okayy okayy..
Tukar topik lah pulakk..
Sebelum Nik menguap 10000xx depan laptop nih, baik Nik bercerita pasal ni pulak ;)

haaaaaaaaa? :O
Sebenarnya, Nik pun takut nak bercerita pasal ni..
Tapi nak buat macam mana kan?
Ni memang lumrah dalam kehidupan kita..

Hidup - Mati :)

sooo? Tunggu apa lagi? Jom baca apa yang Nik kongsikan nih..
Baca tau ;)
  • Memelihara solat 5 waktu.
- Bahawa orang yang memelihara solat 5 waktu itu, akan dihindarkan dari seksaan kubur.
Sebaliknya orang yang mengabaikannya maka diwaktu dia mati, mayatnya dihimpitkan kubur sehingga berselisih tulang rusuk.

  • Selalu membaca doa Al-Ikhlas terutamanya dalam kesakitan yang membawa kematian
Rasulullah s.a.w bersabda:
"Siapa membaca Qul huwallaahuahad dalam kesakitan yang membawa matinya, tiadalah ia menderitai himpitan kubur dan di Hari Kiamat kelak, ia dibawa oleh malaikat dengan telapak tangannya hingga terlepas dari Titian Siratul Muntaha dan sampai ke syurga (bagi mereka yang beriman)
(Al-Imam At-Tabaraani meriwayatkan dari Abdulah b. Asy-Syakhiir)

  • Sentiasa membaca surah Al-Mulk pada setiap malam sekurang kurangnya malam Jumaat.
- Rasulullah s.a.w menamakan surah ini dengan "Al-Maani'ah (yang mencegah) dan "Al-Munjiah (yang menyelamatkan) dimana beliau bersabda:
"Dialah surah pencegah yang menyelamatkan pembacanya dari seksaan kubur"
(At-Tarmizi meriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a).

Dan diriwayatkan Imam Ahmad daripada Jaabir b. Abdullah berkata:
"Adalah Nabi s.a.w tidak tidur hingga dibaca Surah As-Sajdah dan Al-Mulk.

  • Mati syahid
- AlTarmiza dan Ibnu Maajah meriwayatkan bahawa antara kelebihan mati syahid kerana menegakkakn kalimah ALLAH S.W.T  ialah seseorang itu akan akan dijauhkan dari seksaan kubur.

  • Mati di malam atau Siang Jumaat
- Rasulullah s.a.w bersabda:
"Tiadalah seseorang Islam yang meninggal dunia di hari atau malam Jumaat, melainkan Allah memeliharanya dari fitnah kubur"
(HR Al-Tarmizi)

  • Mati sebab sakit perut
- Rasulullah s.a.w bersabda:
"Siapa mati disebabkan penyakit dalam perut tidaklah dia diseksa dalam kuburnya"
(Ibnu Maajah dan At-Tarmizi meriwayatkan dari Abu Daud)

haaaaaaaaaaaaaa? Nik baru tau? :)

  • Tidak ditangisi mayat diwaktu kematian seperti kelakuan Jahiliah.
- Umar Al-Khattab menyebutkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
"Seseorang yang mati itu akan diseksa dalam kuburnya disebabkan dia ditangisi"
(HR Al-Bukhari dan Muslim)

  • Memperbanyakkan memberi sedekah atau menerima kebajikan.
- Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya sedekah itu akan mengurangkan kepanasan (keseksaan) kubur daripada yang selalu memberi sedekah dan hanya sesungguhnya seseorang mukmin itu akan dapat bernaung dibawah naungan sedekahnya di Hari Kiamat"
(At-Tabaraani meriwayatkan dari Uqbah b. Aamir).

  • Menyempurnakan basuhan wudhuk dan menolong yang dianiyai.
- Rasulullah s.a.w bersabda:
"Ada seorang hamba Allah yang diperintahkan supaya dipukul 100 kali dalam kuburnya. Akan tetapi oleh sebab orang itu selalu berdoa supaya dilindungi daripada seksaan kubur semasa hidupnya maka dia dipukul hanya sekali pukulan. Akan tetapi dengan sekali pukulan itu menyebabkan kuburnya dipenuhi api. Sesudah api hilang (padam) dan dia sembuh dari pukulan itu maka orang itu bertanya kepada malaikat, "Sebab apakah saya dipukul (tadi)". Malaikat menjawab, "Engkau bersembahyang tanpa wuduk (dengan wuduk yang tidak sempurna basuhannya) dan engkau pernah melalui orang yang dianiayai tetapi engkau tidak memberikan pertolongan"
(At-Tahaawi meriwayatkan dari Ibnu Masuud)

  • Selalu memohon pada Allah s.w.t agar dilindungi dari seksaan kubur.
Bahawa Rasulullah s.a.w membacakan doa memohon daripada Allah s.w.t agar dilindungiNya dari 4 perkara yang mana dibacakan lepas Tasyahhud Akhirnya sebagai sunnah baginda s.a.w (yg perlu diikuti segera) iaitu dibacakan sebelum doa terakhir sebelum salam.
"Wahai Allah, sesungguhnya saya memohon perlindungan Engkau daripada seksaan Neraka Jahanam, daripada seksaan kubur, daripada fitnah (perdayaan) hidup dan mati dan daripada fitnah Al-Dajjal"
(HR Imam Muslim, Abu Daud, An-Nasaa'i, Ahmad b. Hanbal, Abu Awanah dan Ibnu Al Jaaruud)

Salam <3
Selamat membaca XD

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...