12 October 2011

Himpunan Kemusykilan Agama.

salam dan selamat sejahtera.. Nik memang sengaja nak tulis entry malam ni dan nak berkongsi sesuatu dengan kalian.. malam ni rasanya lambat sikit nak pegang buku sebab title kali ni boleh menjawab semua kemusykilan kalian selama nih.. tadi Nik ada terbaca satu artikel dan Nik nak korang semua tahu pasal nih.. mungkin sesetengah orang dah tahu dan mungkin ada jugak yang tak tahu :) soo, jom kita tengok dan baca sama2 :)


Soalan 1 : 
Apa pendapat Ustaz tentang seorang perempuan menaiki kereta lelaki yang bukan muhrimnya untuk ke tempat kerja atau kemana2 sahaja?

Apabila berdua-duaan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram maka orang ketiga adalah syaitan. Dalam Islam kita diunjurkan supaya bersangka baik, namun kita juga perlu menjaga supaya perbuatan kita tidak mendatangkan sangkaan buruk dari orang lain. Perbuatan ini boleh mendatangkan fitnah apabila ada orang lain bersangka buruk terhadap mereka walaupun sebenarnya tiada lansung unsur-unsur tidak baik dalam perbuatan mereka itu. Dari itu eloklah dielakkan.

Soalan 2 :
Bagaimana pandangan Islam terhadap masalah apabila seorang lelaki dan perempuan itu keluar berdua-duaan, tetapi semasa mereka keluar berduaan itu mereka masih mampu mengawal perasaan dari melakukan perbuatan yang bertentangan dengan hukum Islam. Adakah dibenarkan pergaulan semacam itu sekiranya niat kita ikhlas kerana ingin menjadikan dia sebagai teman hidup?

Tidak dibenarkan kecuali bersama mahram yang adil. ( setuju tak? )

Soalan 3 : 
Uztaz, apakah hukumnya seorang menangis diwaktu sembahyang disebabkan keinsafannya terhadap segala dosa-dosanya yang telah lalu ?


Sekiranya tiada suara yang keluar (yang boleh membatalkan sembahyangnya) maka menangis dalam sembahyang terutamanya sembahyang fardhu, hukumnya makruh. Tetapi jika dilakukan selepas sembahyang (ketika berdoa), maka itu tidak mengapa.

Soalan 4 :
Apakah hukumnya seorang mukmin yang ketika itu dalam keadaan berhadas besar memotong rambut atau kuku?. Apakah rambut atau kuku itu masih dikira berhadas selepas beliau mengangkat hadas ( mandi )?

Kuku dan rambut tersebut mengikut mazhab Syafie, masih berhadas dan perlu dibawa mandi bersama. Munurut ulama', anggota yang berhadas ini akan menuntut hak mereka ketika dipadang masyhar nanti.

Soalan 5 :
Adakah air liur basi najis?

Air yang keluar ketika tersengguk/terlalai tidur adalah air dari mulut. Hukumnya tidak najis. Tetapi air yang keluar ketika tidur berbaring, hukumnya adalah najis kerana ianya berasal dari maidah (perut besar).


>> hemm.. sebenarnya ada banyak soalan lagi tapi hanya 5 soalan je yang Nik amik.. tapi kalau korang nak tau lebih banyak perkara lagi, tengok kat sini ok? http://tanbihul_ghafilin.tripod.com/himpunankemusykilanagama.htm

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...