18 October 2011

Adab Pergaulan Antara Lelaki dan Wanita

CepatCepatCepat.. Haaa dalam banyakbanyak artikel yang Nik baca hari ni, tajuk ni lah yang menarik perhatian Nik.. Berapa banyak blog yang Nik terjah yang berkaitan dengan tajuk nih sampai merah mata sebab dok mengadap screen laptop lamalama.. Almaklumlah remaja zaman sekarang..... Tautau je lah ;) *peaceee* 

Semuanya bermula dengan pergaulan bebas tanpa batas, berkawan tak salah yang salahnya bila melampaui batas. Antara batas-batas dalam pergaulan remaja adalah : 

  • Pandangan
  • Pertemuan
  • Percakapan
  • Tidak berduaduan
  • Tidak melembutlembutkan suara
  • Tidak bersentuhan (tak kira berlapik atau tidak)

Menutup Aurat :
Aurat wanita dengan lelaki bukan mahram ialah seluruh tubuh kecuali muka dan pergelangan tangan. Ini berdasarkan sabda Nabi SAW kepada Asma’ RA:

“Wahai Asma’! Sesungguhnya seorang wanita apabila sudah baligh, dia tidak patut memperlihatkan tubuhnya itu melainkan ini dan ini, sambil baginda menunjukkan muka dan kedua-dua telapak tangannya.” (Riwayat Abu Daud)

Menjaga pandangan :
Bukan semua pandangan diharamkan. Imam asy-Syarbini menerangkan: “Pandangan juga dibolehkan pada bahagian yang bukan aurat dengan syarat tidak disertai syahwat dan aman daripada nafsu.” (Mughni al-Muhtaj)

Tidak berdua duaan :
Sesetengah orang berfikir dan berandai, jika kita berada di tempat awam maka tak apa jika berdua-dua. Ada ramai orang di sekeliling. Namun adakah orang-orang yang berada di sekeliling itu akan menghiraukan mereka? Dan di mana pula mahramnya?

Perlu diingatkan bahawa, mahram yang menemani pula mestilah yang memahami hukum-hakam agama dan mampu menegur jika kita melakukan maksiat ketika bersama dengan mereka yang bukan mahram. Berapa ramai mahram yang membiarkan sahaja saudaranya melakukan maksiat!

Tidak melembut lembutkan suara :

Firman Allah SWT: “Maka janganlah kamu wahai wanita,merendahkan (melembutkan) suaramu maka dibimbangi orang yang berpenyakit di hatinya beringinan jahat kepadamu, maka bercakaplah hanya dengan kata-kata yang baik ( kandungan dan tatacaranya)” (Al-Ahzab :32)
Imam As-Suddi berkata : Larangan ini bermaksud larangan kepada kaum wanita menipiskan suaranya (lembut, lunak dan manja) apabila bercakap di hadapan khalayak lelaki. Imam Qurtubi pula mengatakan, kerana suara yang sebegini akan menjadikan orang-orang lelaki munafiq dan ahli maksiat berfikir jahat. (Tafsir Ibn Kathir, 3/483 ; Al-Jami' Li Ahkam Al-Quran, 14/177).

Ini semua termasuklah dalam bermanja-manja dengan bukan mahram, beroman-romantik, bergayut di telefon sambil meluah rasa cinta, ber ‘I love U’ dan ‘U love Me’, ‘I miss U, dan lain-lain lagi.

(tapi, kalau suara seseorang wanita itu dah memang lembut? nak buat macam mana?)

Tidak bersentuhan (tidak kira berlapik mahupun tidak):

Daripada Ma’qil bin Yasar ra, : “Bahawa ditusuk kepala dengan jarum besi lebih baik daripada memegang-megang perempuan yg tidak halal baginya.” (Riwayat at-Thabrani, di sahihkan oleh al-Albani di dalam Shahih al-Jami’:5045).
Bersentuhan ini termasuklah bersalaman, berpegangan tangan, bertepuk tampar dan lain-lain tidak kira berlapik mahupun tidak.



  • CINTA MATIKU HANYALAH KEPADA ALLAH S.W.T
  • MENYAYANGI SESEORANG KERANA ALLAH S.W.T


1 comment:

Amirul Nazir said...
This comment has been removed by a blog administrator.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...